Keputusan saman lucut hak wang 1MDB terhadap Jakel Trading 4 Jun ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan membuat keputusan mengenai permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM628,314 yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development (1MDB) daripada Jakel Trading pada 4 Jun ini.

Keputusan itu sepatutnya disampaikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 28 April tetapi dijadualkan semula kepada 4 Jun berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Jakel Trading, Thevini Nayagam apabila dihubungi oleh Bernama hari ini.

Pada Jun tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucutan hak terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Artikel Berkaitan: