Malaysia catat jumlah kes harian terendah sejak PKP dilaksanakan

Dr Noor Hisham pada sidang akhbar harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang akhbar harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini merekodkan kes positif baharu wabak koronavirus (Covid-19) terendah iaitu sebanyak 16 kes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

"Ini merupakan kes harian terendah yang pernah dicatatkan sejak kebelakangan ini.

"Ingin dimaklumkan juga bahawa daripada 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 110 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,223 kes atau 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga kini, seramai 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana daripada jumlah tersebut, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Ingin dimaklumkan juga bahawa tiada kes kematian berkaitan wabak tersebut direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 109 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: