Hanya nama, nombor telefon pelanggan diperlukan

Pengusaha atau pemilik restoran hanya perlu mengambil nama dan nombor telefon pelanggan yang datang ke premis mereka bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku kes positif wabak koronavirus (Covid-19).
Pengusaha atau pemilik restoran hanya perlu mengambil nama dan nombor telefon pelanggan yang datang ke premis mereka bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku kes positif wabak koronavirus (Covid-19).
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengusaha atau pemilik restoran hanya perlu mengambil nama dan nombor telefon pelanggan yang datang ke premis mereka bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku kes positif wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tersebut lebih ringkas berbanding sebelum ini yang turut meminta nombor kad pengenalan dan alamat rumah disertakan.

Menurutnya, ia selepas terdapat kebimbangan mengenai keselamatan dalam kalangan rakyat selepas maklumat peribadi mereka didedahkan.

"Restoran perlu mempunyai rekod pengunjung bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku kes Covid-19 melibatkan pelanggan yang pernah berkunjung ke premis mereka. Bagaimanapun ramai bimbang apabila meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah.

"Bagi tujuan keselamatan kita ikut apa yang dilaksanakan oleh Gerak Malaysia iaitu hanya perlu mengisi nama dan nombor telefon. Ia bagi memudahkan pihak Kementerian Kesihatan untuk menghubungi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Katanya, selain mewajibkan pemilik restoran merekodkan kehadiran pelanggan, jumlah mereka yang dibenarkan duduk semeja dalam kedai makan hanya empat orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan: