[VIDEO] Lelaki terperangkap arus deras

Brent (depan) menyelamatkan Fresno yang terperangkap di arus deras. - Foto ABC News
Brent (depan) menyelamatkan Fresno yang terperangkap di arus deras. - Foto ABC News
A
A
A

MADERA COUNTY - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap di kawasan air terjun berhampiran Taman Nasional Yosemite berikutan arus deras.

Menurut ABC News, pejabat Syerif Madera, memberitahu, Fresno, 24 tahun dari California, cuba menyeberangi sungai itu namun tidak berjaya kerana arus deras tersebut.

"Mangsa tidak berjaya menyelamatkan diri kerana arus sungai deras dan terpaksa menahan diri di celah batu untuk mengelak daripada dibawa arus," menurutnya.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis peronda di Lebuh Raya California berjaya menyelamatkan Fresno.

Brent Donley bersama isterinya, Christina kebetulan bertemu dengan sekumpulan wanita serta beberapa pengunjung dan cuba menyelamatkan mangsa.

"Air cukup deras dan pusaran air sangat kuat, boleh menghanyutkan sesiapa sahaja jika tersilap langkah," katanya.

Dalam pada itu, menerusi Twitter ABC News, detik cemas kerja-kerja menyelamat sempat dirakam oleh pengunjung sebelum tular di laman sosial.

Video durasi 1 minit 30 saat itu kini memperoleh lebih 10,400 tontonan selepas dimuat naik hari ini.

Artikel Berkaitan: