Tular video lelaki diserang guna kapak

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki menyerang pemandu kereta menggunakan kapak berhampiran Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Tular satu video menunjukkan seorang lelaki menyerang pemandu kereta menggunakan kapak berhampiran Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tular satu video sejak malam Khamis memaparkan seorang lelaki ditetak dipercayai menggunakan kapak dalam kejadian di hadapan bangunan Menara Kinabalu, di sini.

Dalam video berdurasi satu minit 20 saat itu, seorang lelaki bertindak menetak secara berulang kali kaki seorang lelaki lain yang berada di dalam sebuah kenderaan.

Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu tidak dapat mengelak berikutan serangan secara bertubi-tubi, manakala terdapat seorang wanita berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Lelaki itu kemudian turut memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan dan belakang kenderaan sambil cuba membuka pintu dipercayai untuk membawa wanita itu keluar.

Tidak cukup itu, cermin hadapan turut dipecahkan, namun dalam masa kenderaan itu sempat memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Ada (laporan), masih dalam siasatan. Kenyataan media akan dikongsikan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!