X

Kindly register in order to view this article
!

Enam premis perniagaan warga asing disita

Enam premis termasuk kedai runcit milik warga asing disita dalam operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sekitar kawasan Klang Selatan di sini semalam.
A
A

KLANG - Enam premis termasuk kedai runcit milik warga asing disita dalam operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sekitar kawasan Klang Selatan di sini semalam.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, pemeriksaan dijalankan melibatkan tujuh premis perniagaan antaranya kedai runcit, kedai makan dan juga kedai menjual arak.

"Operasi melibatkan premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing, hasil pemeriksaan mendapati enam premis ini tidak mempunyai lesen daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Operasi dijalankan melibatkan aduan orang ramai yang diterima sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata tindakan sitaan kemudiannya dikenakan ke atas semua premis terlibat.

"Dua premis disita dibawah UUK3 (1) Undang-undang Kecil Perlesenan Establysment Makanan (PEM) MPK 2007 manakala tiga premis lagi disita dibawah UUK3 Undang-undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (PTPP) MPK 2007 dan sebuah lagi premis disita di bawah Seksyen 46 (1) (d) Akta Jalan Parit dan Bangunan (AJPB) 1974.

"Operasi akan diperhebatkan lagi dari masa ke masa bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!