Projek pembinaan ditutup kerana gagal laksana saringan Covid-19

CIDB dalam kenyataannya menerusi Facebook turut memuat naik gambar notis yang dikeluarkan.
CIDB dalam kenyataannya menerusi Facebook turut memuat naik gambar notis yang dikeluarkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertindak menutup satu projek pembinaan di Jalan Ampang di sini semalam.

Penutupan projek pembinaan itu dibuat selepas mendapati pihak terbabit gagal membuat ujian saringan kesihatan koronavirus (Covid-19) ke atas pekerja binaan mereka.

CIDB dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, penutupan itu dibuat selepas projek pembinaan terbabit gagal mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Agensi itu turut meletakkan beberapa gambar penutupan itu dan notis larangan memulakan dan meneruskan kerja pembinaan.

Menerusi notis yang tertera, CIDB menyatakan kesalahan projek pembinaan itu adalah melanggar Seksyen 34B (1)(b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) kerana gagal menjalankan kewajipan sebagai kontraktor berdaftar dengan melanggar peruntukan akta itu.

Notis yang berkuat kuasa 6 Mei itu hanya akan ditarik balik selepas pematuhan terhadap undang-undang.

Sebelum ini, kerajaan mewajibkan pekerja asing di semua sektor menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan terdapat peningkatan kes dalam kalangan kumpulan terbabit.

Ia meliputi semua sektor sama ada komersial, kilang, pembinaan, kedai makan dan sebagainya sebagai langkah pencegahan dan kos ujian saringan ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai laporan yang meragukan di kawasan tapak pembinaan boleh menghubungi talian hotline CIDB di 1300-88-2432.