Selangor sumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan

Laporan Sinar Harian sebelum ini
Laporan Sinar Harian sebelum ini
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor hari ini menyumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kehilangan nyawa Allahyarham Safwan ketika bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenang sebagai tanda pengorbanan besar dilakukan setiap hari oleh petugas barisan hadapan.

“Kerajaan Selangor menzahirkan penghargaan kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Koperal Safwan selamat dikebumi dengan istiadat polis

Arwah sempat kongsi detik tahun ke-11 berkhidmat

Dalam kejadian pada 2.11 pagi Ahad lepas, Allahyarham Safwan, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan badan, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu disyaki mabuk dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) di Kajang.

Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa, yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19, berhampiran plaza tol berkenaan.

Dalam pada itu, Amirudin menyatakan, penggunaan kod QR bagi inisiatif SELangkah, iaitu sistem pendaftaran dalam talian bagi individu untuk memasuki mana-mana premis adalah berkuat kuasa serta-merta di seluruh Selangor.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata inisiatif yang ditawarkan secara percuma sebagai langkah pengesanan kontak itu berfungsi sebagai buku log elektronik berpusat dan memelihara rekod kehadiran individu ke mana-mana premis.

Katanya, penggunaan meluas SELangkah juga akan melengkapi usaha kerajaan Persekutuan menerusi aplikasi MyTrace dan bertindak sebagai semakan berganda untuk usaha pengesanan kontak bagi membantu pihak berwajib mengekang penularan wabak Covid-19.

Amirudin berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berserta soalan lazim mengenai inisiatif itu dengan melayari www.selangkah.my atau menghubungi talian ‪03-55138898‬ dan ‪014-3025655. - Bernama