Long Tiger dibebaskan esok

Lelaki dikenali Long Tiger akan dibebaskan esok selepas Mahkamah Majistret Tangkak menolak permohonan IPD Tangkak untuk melanjutkan tempoh reman tiga hari.
Lelaki dikenali Long Tiger akan dibebaskan esok selepas Mahkamah Majistret Tangkak menolak permohonan IPD Tangkak untuk melanjutkan tempoh reman tiga hari.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger akan dibebaskan esok selepas Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini menolak permohonan polis untuk melanjutkan reman.

Majistret Norina Maludin menolak permohonan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak untuk melanjutkan reman tiga hari dengan alasan siasatan ke atas lelaki itu masih belum selesai.

Long Tiger sebelum ini direman selama lima hari bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan berhubung fitnah terhadap pegawai polis IPD Tangkak menerusi laman Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Long Tiger direman lima hari

Selepas mendengar kedua-dua hujah termasuk peguam bela, Datuk Shaharudin Ali dan Muhammad Hariz Md Yusoff, Norina memerintahkan lelaki itu dibebaskan esok.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis akan menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan dalam masa terdekat.

Semalam, Ayob Khan memberitahu, Long Tiger akan ditahan lagi susulan ramai mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kegiatan jenayah yang didakwa dilakukan lelaki itu.

Jelasnya, beberapa lagi laporan diterima orang awam termasuk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tampil lapor jenayah Long Tiger: Ayob Khan