X

Kindly register in order to view this article
!

Ramai tampil lapor jenayah Long Tiger: Ayob Khan

Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menerima beberapa lagi laporan kesalahan jenayah melibatkan seorang lelaki Rohingya dikenali Long Tiger.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, laporan itu diterima membabitkan negeri lain termasuk Selangor dan Kuala Lumpur selepas polis menahan Long Tiger, Sabtu lalu.

"Apabila dia (Long Tiger) ditangkap di Johor, dia berada dalam tahanan reman, banyak lagi orang awam yang tampil membuat laporan tentang kesalahan lepas.

"Mungkin sebelum ini orang takut mahu membuat laporan (mungkin) takut ada tindak balas daripada Long Tiger, banyak lagi laporan yang dibuat. Kita tunggu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan

"Dia ditahan semula mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, selain ia bergantung kepada Majistret untuk lanjutkan tempoh reman," katanya.

Long Tiger
Long Tiger

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, berhubung seorang koperal berusia 37 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penahanan Long Tiger itu, Ayob Khan berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 203A.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Long Tiger direman lima hari

Terdahulu, Polis Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak pada 2 Mei lalu yang membabitkan elemen pemerasan.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar.

Katanya, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!