Bendung pengangguran akibat wabak Covid-19

Masalah pengangguran bukan sahaja menghimpit Malaysia, tetapi juga terhadap negara-negara lain di seluruh dunia. Gambar hiasan.
Masalah pengangguran bukan sahaja menghimpit Malaysia, tetapi juga terhadap negara-negara lain di seluruh dunia. Gambar hiasan.
A
A
A

PENULARAN wabak Covid-19 sejak lebih tiga bulan lalu bukan sahaja meragut nyawa manusia yang bernilai, bahkan telah melumpuhkan ekonomi seluruh dunia iaitu suatu keadaan yang amat teruk dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Akibatnya, ramai pekerja diarah mengambil cuti tanpa gaji selama beberapa bulan, ada juga gaji dipotong antara 20 dan 50 peratus malahan ada yang hilang rezeki dalam sekelip mata apabila syarikat tempat mereka bekerja terpaksa menamatkan perniagaan.

Malaysia tidak terkecuali. Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini meramalkan akibat daripada Covid-19, masalah pengangguran di negara kita akan mencapai paras sehingga empat peratus. Bagaimanapun, ada yang berpendapat ramalan BNM tersebut bersifat terlalu optimis.

Misalnya, Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang akan kehilangan pekerjaan di mana 67 peratus daripadanya adalah pekerja tidak mahir dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan percaya peratusan pengangguran di negara kita akan mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 13 peratus ataupun dua juta orang.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding krisis kewangan yang melanda seluruh dunia pada tahun 1998.

Oleh itu, kerajaan perlu berusaha membantu rakyat menghadapi situasi yang mencabar lagi penuh getir ini. Masalah pengangguran bukan sahaja menghimpit Malaysia, tetapi juga terhadap negara-negara lain di seluruh dunia.

Amerika Syarikat, misalnya, ialah negara yang paling teruk dilanda krisis itu apabila dalam tempoh sebulan sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 22 juta rakyat negara kuasa besar itu telah memohon bantuan pengangguran daripada kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Peningkatan jumlah pengangguran bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan ekonomi, ia turut berkait rapat dengan kebajikan rakyat dan pembangunan masyarakat. Semakin ramai orang menganggur, semakin kurang daya beli pengguna dalam pasaran.

Selain itu, golongan penganggur tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi tekanan hidup sekali gus memungkinkan berlaku gejala sosial dan masalah keluarga.