Tindakan Sabah arah pelajar pulang dikuarantin wajar

Gambar kecil: Dr Noor Hisham Abdullah
Gambar kecil: Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menyifatkan arahan kuarantin wajib 14 hari yang dikenakan kerajaan negeri Sabah ke atas pelajar semenanjung sebelum mereka dibenarkan pulang adalah satu keputusan yang wajar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun mereka sudah dikuarantinkan di asrama bagi tempoh empat minggu namun mereka mungkin boleh dijangkiti melalui pergaulan dengan pihak luar.

“Jadi ini salah satu lagi sebab kenapa mereka perlu disaring semula untuk tempoh dua minggu lagi bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada wabak Covid-19.

“Kita tak pasti mungkin jangkitan boleh berlaku dalam tempoh mereka dikuarantinkan dan ini adalah antara langkah-langkah yang diambil bukan sahaja oleh kerajaan negeri Sabah bahkan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan ibu bapa dan pelajar semenanjung di Sabah berhubung perkara itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata, semua penuntut berkenaan perlu menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 14 hari.

Bagaimanapun katanya, pelajar IPT dari Sabah, yang menuntut di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, termasuk penuntut di bawah tajaan biasiswa Yayasan Sabah yang pulang ke negeri ini, dikecualikan daripada dikuarantin di pusat yang disediakan.

Artikel Berkaitan: