Sidang Parlimen wajar kekal sehari: Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung hanya sehari pada 18 Mei ini wajar dikekalkan meskipun Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan sebaliknya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara tersebut selari dengan pendirian kerajaan bahawa tiada sebarang bentuk perhimpunan ramai ketika ini bagi mengurangkan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Sehubungan itu menurutnya, susunan kedudukan ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“Ini bagi menjamin semua ahli dewan dapat mengambil bahagian dalam ruang lingkup prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN] - PH mahu Parlimen bersidang penuh

“Kerajaan mengambil maklum pandangan Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung tempoh persidangan Parlimen yang akan bersidang pada 18 Mei 2020.

“Namun mengambil kira pendirian kerajaan, Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung hanya satu hari sahaja itu wajar dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berhubung kesan yang dialami rakyat, peniaga dan syarikat akibat penularan Covid-19, beliau berkata, kerajaan bersetuju mengemukakan beberapa Rang Undang-Undang berkaitan untuk dibentangkan dalam Sidang Parlimen akan datang pada Julai depan.

Artikel Berkaitan: