Covid-19: 4 kawasan masih dikategori zon merah

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak empat kawasan di negara ini masih lagi berada dalam kategori zon merah wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kawasan tersebut ialah Mukim Batu, Selayang, Kuching, Sarawak dan dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai dan Titiwangsa.

"Ketika ini terdapat empat kawasan zon merah di mana dua di kawasan bandar iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan dua lagi di Mukim Batu dan Kuching," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah terkini zon yang masih dikategorikan zon merah di seluruh negara.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan kini sudah bebas dari kawasan penularan Covid-19.

Ia selepas kesemua negeri tersebut tidak lagi mencatatkan kes aktif di semua daerahnya.

Artikel Berkaitan: