X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Prof Salmiah Rektor wanita pertama UiTM Pulau Pinang

Profesor Dr Salmiah Kasolang
A
A

PERMATANG PAUH - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Rektor wanita pertama yang baharu dilantik bermula hari ini.

Profesor Dr Salmiah Kasolang dilantik menjadi Rektor kesembilan universiti berkenaan bagi menggantikan Profesor Madya Dr Mohd Hisbany Mohd Hashim yang telah tamat tempoh lantikan sebagai Rektor UiTM Pulau Pinang semalam dan bertukar ke kampus Induk Shah Alam.

Profesor Salmiah sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam selama dua tahun dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri) di kampus yang sama selama tujuh tahun serta beberapa jawatan penting yang lain.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Sheffield, United Kingdom dan Ijazah dari University of Wisconsin, USA ini merupakan pakar dalam bidang tribologi.

Berasal dari Sandakan, Profesor Salmiah sangat aktif dalam penyelidikan dan sebagai ahli akademik yang disegani dengan lebih 100 penyelidikan H- Indeks.

Pelbagai pencapaian dan anugerah berprestij pernah diterima Profesor Salmiah termasuk menerima RM1.54 juta geran penyelidikan sebelum ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!