Pesakit tenang baca al-Quran

Dr Mohd Anis (tiga dari kiri) menerima al-Quran yang diwakafkan orang ramai melalui WUIF di Institut Kanser Negara semalam.
Dr Mohd Anis (tiga dari kiri) menerima al-Quran yang diwakafkan orang ramai melalui WUIF di Institut Kanser Negara semalam.
A
A
A

SERDANG - Pemberian wakaf al-Quran kepada pesakit yang berada di wad Hospital Serdang di sini akan menggalakkan mereka untuk membaca kitab suci itu di wad masing-masing.

Ketua Unit Hal Ehwal Islam Hospital Serdang, Ustaz Mohammad Hafiz Bakren berkata, pesakit yang sering membaca al-Quran ketika berada di wad akan menarik perhatian pesakit lain untuk turut sama berbuat demikian.

“Ketika Ramadan ini, pihak hospital juga menganjurkan program tadarus membabitkan kakitangan di setiap unit pada waktu rehat dan al-Quran terjemahan ini menjadikan mereka lebih bersemangat,” katanya selepas menerima sumbangan Program Wakaf Al-Quran menerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di sini semalam.

Dr Mohd Arshil (lima dari kanan) menerima sebanyak 200 naskah al-Quran di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang semalam.
Dr Mohd Arshil (lima dari kanan) menerima sebanyak 200 naskah al-Quran di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang semalam.

Bagi Timbalan Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Kolonel Dr Mohd Arshil Moideen, selain pesakit, al-Quran tersebut dapat digunakan lebih 200 petugas pelbagai agensi.

Menurutnya, majoriti daripada 102 pesakit di pusat kuarantin itu terdiri daripada golongan pelajar tahfiz dan kluster tabligh.

“Al-Quran ini akan diletakkan di surau berasingan untuk pesakit dan petugas,” kata beliau.

Projek wakaf al-Quran yang dilancarkan sejak 3 April lalu itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, Majlis Dakwah Negara dan Solidariti Ummah Untuk Ummah dengan membawa misi MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah.

Artikel Berkaitan: