‘Saya duduk seorang selepas ini’

Gambar Aminuddin yang menunjukkan beliau terpaksa duduk berhimpit. ( bawah, kanan ) Kenyataan netizen di Facebook berhubung gambar Aminuddin seperti tersepit di tengah-tengah ketika sidang media, baru-baru ini.
Gambar Aminuddin yang menunjukkan beliau terpaksa duduk berhimpit. ( bawah, kanan ) Kenyataan netizen di Facebook berhubung gambar Aminuddin seperti tersepit di tengah-tengah ketika sidang media, baru-baru ini.
A
A
A
SEREMBAN - 'Saya akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,' kata Menteri Besar, Aminuddin Harun berhubung kritikan netizen terhadap gambarnya yang dilihat duduk berhimpit pada sidang media, baru-baru ini.

Gambar yang dimuat naik di Facebook itu menunjukkan Aminuddin seperti tersepit di tengah-tengah apabila terpaksa berkongsi satu kerusi panjang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik dan tiga lagi Exco iaitu Mohamad Taufek Abd Ghani, Teo Kok Seong dan Nicole Tan.

Aminuddin berkata, beliau tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen.

“Saya tiada masalah, tapi mungkin orang luar prihatin. Selepas ini saya akan duduk seorang saja,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sikamat, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal apabila ada sesetengah pihak didapati mengambil kesempatan menggunakan gambarnya dalam majlis tertentu bagi tujuan promosi.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, perkara itu boleh memberi imej negatif terhadap dirinya dan pentadbiran negeri terutama apabila melibatkan majlis atau program yang agak sensitif.

“Ada satu program yang nyatakan saya hadir, tapi saya sendiri tak dapat surat dan tak tahu mengenainya.

“Jadi, saya minta kepada pihak penganjur supaya dapatkan pengesahan dari pejabat berhubung kehadiran saya terlebih dahulu dan harap selepas ini tak berlaku lagi,” katanya.