Covid-19: 2 kematian, 57 kes baharu

Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Noor Hisham bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Angka kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia meningkat kepada 102 kes selepas dua lagi kematian direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua kematian itu melibatkan warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Menurutnya, terdapat 57 kes positif baharu dicatatkan menjadikan kumulatif kes sebanyak 6,002 kes.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 84 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,171 kes atau 69.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: