KPJ Puteri hantar ubat ke rumah

Seorang pelanggan, Soh Tong Lam, 72, menerima bekalan ubatan yang dipesan melalui khidmat Puteri Med-Delivery di rumahnya di Kampung Dato Onn, Larkin, Johor Bahru.
Seorang pelanggan, Soh Tong Lam, 72, menerima bekalan ubatan yang dipesan melalui khidmat Puteri Med-Delivery di rumahnya di Kampung Dato Onn, Larkin, Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Puteri melakukan inisiatif perkhidmatan penghantaran ubat ke rumah, Puteri Med-Delivery susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, inisiatif tersebut memberikan kemudahan khususnya pesakit mendapatkan bekalan ubat sepanjang PKP.

Menurutnya, pesakit atau wakil tidak perlu lagi ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat tetapi hanya dengan menghantar khidmat pesanan mesej ringkas (SMS).

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid.

“Dengan hanya menghantar pesanan ringkas, pihak hospital akan memproses permohonan dengan membuat semakan rekod kesihatan dan mendapatkan khidmat perundingan doktor pakar, pesakit akan menerima ubat dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran dibuat.

“Perkhidmatan ini memenuhi garis panduan serta langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Haliza berkata, bagi permohonan dalam radius 20 kilometer dari hospital, bekalan ubat akan dihantar oleh ahli farmasi ke rumah pesakit dengan memastikan penjarakan sosial dengan penerima.

Manakala bagi jarak yang lebih jauh, ubat melalui khidmat kurier selain turut menawarkan perkhidmatan farmasi pandu lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurut seorang pelanggan, Soh Tong Lam, 72, dia berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut yang ternyata memudahkan dirinya mendapatkan bekalan ubat.

“Saya tidak perlu khuatir kehabisan ubat, apatah lagi perlu bersiap dan menempuh sekatan jalan raya semata-mata untuk mendapat ubat.

“Ia sangat membantu malah doktor memberi preskripsi bagi tempoh tiga bulan untuk saya,” katanya.