1,200 peniaga, penghantar makanan jalani ujian saringan Covid-19

Penghantar dan pengendali makanan membuat pendaftaran sebelum menjalani saringan kesihatan di Klinik MBMB, Graha Makmur, Ayer Keroh.
Penghantar dan pengendali makanan membuat pendaftaran sebelum menjalani saringan kesihatan di Klinik MBMB, Graha Makmur, Ayer Keroh.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seramai 1,200 peniaga dan penghantar makanan E-Bazar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalani ujian saringan awal koronavirus (Covid-19) bermula Rabu lalu sehingga hari ini.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata, saringan berkenaan adalah syarat yang dikenakan ke atas kedua-dua kumpulan itu dengan mengenakan bayaran RM10 seorang.

Menurutnya, pengusaha makanan dan pembantu pula diwajibkan mengambil suntikan typhoid dengan bayaran RM60 seorang di Klinik MBMB, Graha Makmur Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Ketika proses itu, semua pihak perlu mengikuti langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan Covid-19 iaitu penjarakan sosial, mewajibkan penggunaan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

"Kami harap inisiatif yang disediakan MBMB dapat membantu pengusaha dan penghantar makanan menjalani saringan dengan lebih mudah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di di Klinik MBMB, Graha Makmur, Ayer Keroh hari ini.

Seorang pengusaha makanan mengambil suntikan typhoid di Klinik MBMB, Graha Makmur, Ayer Keroh.
Seorang pengusaha makanan mengambil suntikan typhoid di Klinik MBMB, Graha Makmur, Ayer Keroh.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa mengutamakan kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan perkhidmatan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: