Kes Mohd Shuhaily: Peguam dua anggota polis antara dilarang buat kenyataan

Mohd Shuhaily (dua dari kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu, bagi sebutan kes menyebabkan kecederaan dua anggota polis, September lalu.
Mohd Shuhaily (dua dari kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu, bagi sebutan kes menyebabkan kecederaan dua anggota polis, September lalu.
A
A
A

SEPANG – Peguam yang mewakili dua anggota polis yang didakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, antara pihak yang dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu di luar mahkamah.

Perintah berkenaan melibatkan peguam, Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin yang mewakili dua anggota polis terbabit selaku peguam pemerhati.

Larangan itu turut terpakai terhadap pihak pendakwaan, Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS), barisan peguam bela serta dua anggota polis yang terbabit sebagai pengadu.

Majistret, Khairatul Animah Jelani memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan perintah larangan bersuara atau 'gag order' yang dikemukakan peguam yang mewakili Mohd Shuhaily, 54.

Ketika sebutan kes menyebabkan kecederaan dihadapi pegawai kanan itu, Khairatul Animah berkata, mahkamah telah meneliti permohonan pembelaan, hujahan kedua-dua pihak, afidavit serta ekshibit yang dikemukakan.

Beliau turut mengambil kira pendirian pihak pendakwaan yang tidak membantah permohonan tersebut sebelum membenarkan perintah berkenaan dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang dinamakan dalam notis usul.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.

Kesalahan itu didakwa berlaku di kaunter Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara jam 1.27 hingga 1.35 petang pada 28 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!