Suami ambil duit isteri tanpa izin

SETIAP individu mempunyai hak terhadap pemilikan hartanya termasuk seorang isteri.
SETIAP individu mempunyai hak terhadap pemilikan hartanya termasuk seorang isteri.
A
A
A

Soalan

Saya merupakan seorang isteri yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Suatu hari suami mengambil wang simpanan saya untuk membeli keperluan rumah tanpa meminta izin. Apakah ia dibenarkan dalam Islam?

Jawapan

Dalam Islam, setiap individu mempunyai hak pemilikan terhadap harta masing-masing termasuklah sama ada seorang isteri yang bekerja atau tidak bekerja.

Walaupun telah berkahwin, harta yang dimiliki oleh isteri tidak secara automatik menjadi hak milik suami.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah.” (Surah an-Nisa’: 29)

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam melarang mengambil atau mengguna-kan harta orang lain melalui cara yang tidak dibenarkan syarak.

Imam an-Nawawi dalam kitab Al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab turut membincangkan larangan mengambil harta milik orang lain tanpa keizinan pemiliknya kecuali dalam keadaan yang mempunyai pengecualian syarak.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikelnya sebelum ini turut menegaskan bahawa tidak sewajarnya seorang suami mengambil harta isterinya tanpa keizinan.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, suami tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan wang milik isteri tanpa keredaannya, sekalipun mereka merupakan pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, sekiranya suami dalam keadaan susah dan memerlukan duit untuk membeli keperluan di dalam rumah, sebaik-baiknya bantulah dia atau berilah pinjam duit kepadanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!