Apakah haram kencing berdiri?

Soalan
Ketika singgah di hentian rehat dan rawat (RnR), saya mendapati kesemua tandas telah penuh. Apakah dibolehkan untuk saya kencing secara berdiri di tempat yang disediakan?
Jawapan
Secara umumnya, terdapat dua hukum berkaitan dengan perbuatan kencing berdiri iatu harus dan makruh.
Dalam keadaan tiada tempat untuk kencing dalam keadaan duduk, diharuskan untuk kencing secara berdiri, sama seperti keadaannya dalam situasi tandas penuh.
Bagaimanapun, sekiranya ada pilihan untuk kencing secara duduk, maka perbuatan kencing secara berdiri dihukumkan sebagai makruh kerana ia menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Perbuatan kencing berdiri sama sekali tidak diharamkan, namun dalam keadaan biasa, kencing secara duduk adalah lebih menepati sunnah Rasulullah SAW.
Dalam beberapa kitab seperti Subulas salam, Bulughul muram, Fathul bari dan Nailur autor, disebutkan Nabi Muhammad SAW hanya dua kali seumur hidupnya kencing berdiri iaitu di tempat yang banyak kotoron dan ketika Baginda sakit di pelipatan lututnya.
Berdasarkan keadaan itu, kencing secara berdiri dihukumkan sebagai harus ketika adanya darurat dan makruh ketika ada pilhan untuk kencing secara duduk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

