‘Benarkan projek pembinaan beroperasi’

Yeoh Soo Keng
Yeoh Soo Keng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia memohon kerajaan membenarkan mana-mana projek pembinaan diluluskan sebelum ia beroperasi semula dengan segera sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pengerusi persatuan itu, Datuk Yeoh Soo Keng berkata, industri pembekalan simen berterima kasih dengan keputusan kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan sektor itu kembali beroperasi demi menampung keperluan industri pembinaan tempatan dan eksport antarabangsa.

Beliau juga menggesa kerajaan membenarkan sektor pembinaan yang memenuhi syarat dan garis panduan memulakan operasi selain meluluskan operasi sektor berkaitan secara beransur-ansur.

“Simen adalah bahan bangunan penting dalam industri pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Soo Keng berkata, kebenaran industri simen untuk kembali beroperasi pada PKP fasa tiga sebenarnya melegakan majikan dan pekerja.

Artikel Berkaitan: