Dua beranak dilarikan penjenayah curi kereta

Kes tersebut turut tular di media sosial sejak malam tadi.
Kes tersebut turut tular di media sosial sejak malam tadi.
A
A
A

MACHANG - Dua Beranak termasuk bayi berusia setahun dilarikan dua lelaki bersama kereta milik mereka di Bandar Machang, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, mangsa bagaimanapun ditinggalkan di kawasan berdekatan selepas beberapa minit dilarikan.

Katanya, pada kejadian jam 9.45 malam tadi itu, dua beranak itu dikatakan menunggu suaminya di dalam kereta sementara menutup kedai di kawasan berdekatan.

Tambahnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Dua lelaki Melayu yang tidak dikenali telah membuka pintu kereta mangsa dan masuk di bahagian tempat pemandu dan belakang pemandu.

"Lelaki tersebut kemudiannya melarikan kereta jenis Perodua Kelisa dengan nombor pendaftaran WJV 5315," katanya di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: