Dipenjara gara-gara makan mempelam atas rumah rakit

Ketiga-tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana ingkar PKP.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana ingkar PKP.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah makan mempelam atas rumah rakit, tiga sekawan dipenjara empat hari dan denda RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga tertuduh iaitu Wan Adnan Wan Nawi, 28; Muhammad Asraf Ghazali, 21 dan Wan Saiful Nizam Abdullah, 21, turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas kesemua tertuduh mengaku salah pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan.

Berdasarkan pertuduhan mereka didakwa bergerak dari Kampung Pulau Sekati di sini ke satu tempat yang lain iaitu di sebuah rumah rakit di kawasan Pulau Sekati kira-kira jam 9.45 malam pada 20 April lalu.

Sementara itu, di mahkamah sama, tujuh lagi lelaki berusia antara 29 hingga 51 tahun turut dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM1,000 atau tambahan satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda kerana melanggar PKP.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, semua tertuduh didakwa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar daerah ini antara jam 11.20 malam hingga 10.50 malam antara 20 April hingga semalam (22 April).

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 yang boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kesemua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein dan Mohd Asaari Salleh.

Artikel Berkaitan: