Selangor batal peperiksaan PSRA, PPTQ

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memutuskan peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) dan Pentaksiran Hafazan Al-Quran (PPTQ) yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibatalkan dan diganti dengan kaedah pentaksiran lain yang akan ditentukan selepas ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain itu, peperiksaan Sijil Kafa Menengah (SKM) juga akan turut dibatalkan pada tahun ini.

Menurutnya, pengambilan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiq Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD) pula akan ditunda ke suku pertama tahun 2021 akan datang.

"Semua peperiksaan awam JAIS ini akan dilaksanakan semula sepenuhnya apabila keadaan kembali pulih dan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, kerajaan Selangor sentiasa prihatin dengan nasib rakyat terutama mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam pada itu, Amirudin berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor juga meluluskan pembayaran insentif RM200 secara 'one-off' kepada pegawai dalam kalangan penguatkuasa dan agensi penting kerajaan negeri.

"Pemberian itu akan memberi manfaat termasuk kira-kira 5,000 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan inisiatif ini yang merupakan satu lagi bentuk penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: