Covid-19: KKM kesan Kluster Pengerang, 15 individu disahkan positif

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster Pengerang melibatkan kes indeks pesakit Covid-19 ke 1,508.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit tersebut telah mula bergejala pada 12 Mac.

"Dia kemudiannya dirawat di klinik swasta empat hari selepas itu dan disyaki menghidap demam denggi," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pesakit tersebut telah merentasi beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

"Keadaan kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac dalam keadaan yang kritikal dan disahkan positif dua hari kemudian," katanya.

Beliau berkata, setakat hari ini, kluster berkenaan telah melibatkan 15 kes positif yang yang terdiri daripada 10 rakan sekerja dan lima ahli keluarga termasuk ibunya berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

"Sebanyak tujuh kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

"Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Artikel Berkaitan: