X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga degil tidak letak tanda harga dikompaun

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan kawalan harga di pasar awam TTDI, Kuala Lumpur hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur mengeluarkan kompaun berjumlah RM3,600 atas kesalahan membabitkan tanda harga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga semalam.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin berkata, jumlah kompaun terbabit melibatkan tujuh kes kerana peniaga gagal meletakkan tanda harga ke atas barangan harian iaitu minyak masak dan telur ayam.

"Tindakan itu dibuat susulan 1,318 pemeriksaan yang dijalankan KPDNHEP Kuala Lumpur.

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan kawalan harga di pasar awam TTDI, Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan kawalan harga di pasar awam TTDI, Kuala Lumpur hari ini.

"Selain itu, sepanjang tempoh itu, kita telah memeriksa 699 aduan dan 331 panggilan di bilik gerakan berkaitan harga bekalan, permit dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, sepasukan anggota dan pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan harga di pasar awam di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pemborong serta pasar raya di sekitar ibu negara bagi memantau tahap pematuhan peniaga.

Beliau berkata, tindakan disiasat di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga 1993.

Tambahnya, pihaknya memberi amaran kepada mana-mana peniaga supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan di pusat pemborong di Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melaksanakan pemeriksaan di pusat pemborong di Kuala Lumpur hari ini.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui Portal [email protected], Call Centre 1800 886 800, emel [email protected], Aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) Putrajaya 03-8882 6245 / 6088 dan WhatsApp ke 019-2794317," katanya.

Dalam perkembangan lain, sepanjang tempoh PKP ini juga, KPDNHEP Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Food Bank ke atas 46 penerima termasuk 40 buah kampus di sekitar ibu negara.

"Kita akan bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan bekalan makanan mencukupi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus