Covid-19: Kelantan lima hari kekal sifar kes baharu

 Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bersyukur dengan perkembangan positif koronavirus (Covid-19) di negeri ini, dengan kekal sifar kes baharu lima hari berturut-turut sehingga hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, peratusan kesembuhan di negeri ini turut mencatatkan kadar tertinggi dalam negara iaitu 5.2 peratus.

“Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih buat pasukan barisan hadapan. Terima kasih kepada rakyat Kelantan kerana terus patuh arahan (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Teruskan berdoa, moga ALLAH SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua. Insya-ALLAH,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Statistik semasa Covid-19 di Kelantan.
Statistik semasa Covid-19 di Kelantan.

Dalam masa sama, Ahmad secara berterusan menasihatkan semua pihak mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun serta menjaga jarak sosial.

Beliau turut berharap rakyat terus patuh arahan PKP dengan duduk di rumah untuk sama-sama putuskan rantaian penularan Covid-19.

Berdasarkan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, kes terkumpul di negeri ini adalah sebanyak 155 dan masih kekal dengan tiga kematian.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 145 kes sudah dilaporkan sembuh dan hanya tinggal tujuh pesakit masih dirawat.

Sebanyak 90 pesakit direkodkan di Kota Bharu, Pasir Puteh (lapan kes), Bachok (11 kes), Gua Musang (dua kes), Tanah Merah (tujuh kes), Pasir Mas (11 kes), Kuala Krai (11 kes), Jeli (dua kes) dan Tumpat (13 kes), manakala tidak kes direkodkan di Machang.