Mohd Amar doakan kepimpinan baharu Kerajaan Kelantan

Mohd Amar menitipkan doa tersebut di hantaran Facebooknya pada Selasa selepas lima jam Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu.
Mohd Amar menitipkan doa tersebut di hantaran Facebooknya pada Selasa selepas lima jam Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendoakan kepimpinan baharu Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersama 'pasukannya' mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti dan kejujuran.

Beliau menitipkan doa tersebut di hantaran Facebooknya pada Selasa selepas lima jam Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah memberi peluang kepada kawan-kawan saya yang baharu menerajui negeri Kelantan.

"Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat perubahan positif dan kemajuan yang akan dibawa.

"Saya percaya amanah yang telah diletakkan di bahu kawan-kawan adalah tanggungjawab yang berat, namun saya yakin kalian akan menjalankannya dengan penuh keikhlasan dan keadilan," katanya.

Mohd Amar menzahirkan rasa gembira kerana percaya kepimpinan baharu akan membawa negeri ini ke arah yang lebih cerah.

Sinar Harian Online melaporkan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Mohd Nassuruddin sah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu yang ke-19.

Sementara itu ADUN Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi penggal ke-15.

Artikel Berkaitan:

Seramai lima muka baharu yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilantik sebagai Ecxo Kerajaan Kelantan.

Mereka ialah, Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Hilmi Abdullah (Guchil).

Buat julung kalinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) turut dilantik sebagai Exco iaitu Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor (Air Lanas).

Sementara itu lima Exco lama masih lagi dikekalkan iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan Wan Hamat.