Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok

Semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 akan ditutup mulai esok.. Foto: Bernama
Semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 akan ditutup mulai esok.. Foto: Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai Jumaat.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5.00 petang Khamis.

Menurutnya, ia juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KPM pada Khamis berhubung situasi jerebu.

"Ketetapan ini dibuat berdasarkan Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

"Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan," menurut kenyataan itu.

Jelasnya, pihaknya menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke masa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan dan ketetapan yang ditetapkan oleh KPM.

JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa peka terhadap perkembangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!