Kes Irene Sofiya: Siasatan perlu menyeluruh, segera - Muhyiddin

Muhyiddin berkata, sekiranya terdapat unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil mengikut undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat.
Muhyiddin berkata, sekiranya terdapat unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil mengikut undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi menentukan perkara sebenar susulan kejadian tragis yang mengorbankan pelajar berusia 16 tahun, Irene Sofiya di Yong Peng, Johor.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya terdapat unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil mengikut undang-undang tanpa mengira siapa yang terlibat.

"Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan tidak harus menunggu sehingga siasatan selesai untuk mengambil langkah pencegahan.

"Sebarang kelemahan dalam aspek keselamatan, pemantauan, disiplin dan pengurusan buli serta keganasan di sekolah mesti dikenal pasti dan diperbaiki segera," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, pelajar Tingkatan Empat itu maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Johor selepas ditemui tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan audit menyeluruh terhadap sistem keselamatan dan mekanisme pencegahan buli di sekolah.

PELAJAR MAUT DI SEKOLAH

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Artikel Berkaitan:

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek

Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan

Menurutnya, audit berkenaan perlu merangkumi keberkesanan saluran aduan dan tindakan susulan terhadap setiap laporan.

"Sebarang tanda buli, ugutan, gangguan atau ancaman terhadap keselamatan pelajar mesti dipandang serius dan ditangani sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

"Dalam masa yang sama, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan dan menghormati keluarga Allahyarhamah dan proses siasatan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan ucapan takziah dan dukacitnya susulan kejadian tersebut.

Ujarnya, kehilangan seorang anak pada usia yang begitu muda merupakan ujian yang amat berat.

"Saya amat dukacita dengan berita pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng.

"Saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan ini," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!