Kes bunuh Irene Sofiya: JPN Johor pantau emosi guru, pelajar

Muhammad Naqib (kanan) menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya di Kampung Parit Selamat, Yong Batu Pahat pada Ahad.
Muhammad Naqib (kanan) menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya di Kampung Parit Selamat, Yong Batu Pahat pada Ahad.
A
A
A

BATU PAHAT - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan memantau keadaan emosi guru dan pelajar yang terkesan susulan kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, khidmat kaunseling serta bantuan psikologi turut disediakan kepada keluarga mangsa, guru dan rakan sekolah bagi membantu mereka menghadapi kesan emosi akibat tragedi berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebajikan serta kestabilan emosi semua pihak yang terkesan terus diberi perhatian, lebih-lebih lagi masih ada yang mengalami trauma.

Katanya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sekolah terbabit sudah mengadakan pertemuan dengan guru serta pelajar bagi memberikan sokongan dan menjalankan sesi kaunseling.

"Kita akan memantau keadaan mereka pada hari pertama, ketiga dan ketujuh serta melihat perkembangan seterusnya.

"PPD akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga Allahyarham di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada Ahad.

Irene Sofiya (gambar kecil) ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.
Irene Sofiya (gambar kecil) ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengenal pasti langkah lebih menyeluruh untuk memperketatkan aspek keselamatan di sekolah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek

Katanya, antara tindakan awal yang diberi perhatian ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), bermula di daerah berkenaan bagi membantu pemantauan serta mengesan sebarang kejadian tidak diingini.

"CCTV penting bagi memudahkan kita melihat sekiranya berlaku sesuatu tragedi.

"Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat dan semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melihat perkara ini secara menyeluruh serta tidak menuding jari antara satu sama lain.

"Kita mahu memastikan mekanisme dan langkah keselamatan diwujudkan sentiasa berfungsi dengan berkesan serta terus ditambah baik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan polis, pihak sekolah dan ibu bapa dalam memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat untuk anak-anak.

Irene Sofiya ditemui dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya.

Sebelum itu, nenek dan ibu saudara mangsa bergegas mencarinya selepas dua rakan arwah datang ke rumah bertanya Irene Sofiya berikutan hanya motosikal ditemukan di dalam kawasan sekolah.

Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan dieman enam hari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!