Wartawan sedang 'live' dirempuh kenderaan terbabas

De la Rosa Flores sedang bersiaran langsung apabila kenderaan itu meluru dari arah belakang. - FOTO: Agensi
De la Rosa Flores sedang bersiaran langsung apabila kenderaan itu meluru dari arah belakang. - FOTO: Agensi
A
A
A

MONTERREY – Seorang wartawan dan jurukamera di Mexico berdepan detik cemas apabila mereka dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas ketika sedang membuat liputan secara langsung mengenai keadaan jalan raya berbahaya.

Wartawan GamaVisión, Alma de la Rosa Flores sedang melaporkan dari lokasi di Monterrey mengenai kerosakan akibat pokok tumbang apabila sebuah kenderaan jenis jip tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat jalan yang licin sebelum merempuh kru berkenaan.

Kenderaan berkenaan dilihat meluncur masuk ke dalam siaran sebelum merempuh Alma dan jurukamera hingga menyebabkan siaran terputus dan kembali bersiaran ke studio.

Pasukan kecemasan segera tiba di lokasi untuk memberikan rawatan kepada kedua-dua petugas media itu sebelum mereka dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Laporan awal menyatakan de la Rosa Flores dan jurukamera berkenaan hanya cedera ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Pemandu kenderaan itu pula disoal siasat pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!