10 isteri berpengaruh di sisi pemimpin dunia

Bergelar isteri kepada pemimpin dunia bukan sekadar menjadi tulang belakang kepada tokoh berpengaruh malah kehidupan, penampilan dan kegiatan mereka turut menjadi sorotan masyarakat.
Bergelar isteri kepada pemimpin dunia bukan sekadar menjadi tulang belakang kepada tokoh berpengaruh malah kehidupan, penampilan dan kegiatan mereka turut menjadi sorotan masyarakat.
A
A
A

BERGELAR isteri kepada pemimpin dunia bukan sekadar menjadi tulang belakang kepada tokoh berpengaruh malah kehidupan, penampilan dan kegiatan mereka turut menjadi sorotan masyarakat. Daripada dunia seni dan fesyen hingga kebajikan serta pendidikan, 10 wanita ini hadir dengan latar belakang menarik yang membentuk pengaruh mereka di pentas antarabangsa.

1. Melania Trump (AS)

Melania Trump
Melania Trump

Isteri ketiga Presiden AS Donald Trump ini merupakan Wanita Pertama AS. Dilahirkan di Slovenia, beliau pernah menjadi model sebelum berpindah ke New York. Perkahwinan bersama Presiden ke-47 AS itu dikurniakan seorang cahaya mata, Barron Trump. Antara inisiatif yang pernah diketengahkannya ialah BE BEST yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan kanak-kanak, penggunaan media sosial secara positif dan pencegahan penyalahgunaan opioid.

2. Brigitte Macron (Perancis)

Brigitte Macron
Brigitte Macron

Beliau merupakan isteri kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Sebelum berkahwin dengan Macron, beliau menjadi guru bahasa Perancis dan Latin. Sebagai Wanita Pertama, beliau memberi tumpuan kepada beberapa isu sosial termasuk perlindungan kanak-kanak, golongan kurang upaya dan usaha menangani kejadian buli di sekolah serta turut menerajui Yayasan Hopitaux de Paris-Hopitaux de France yang memberi tumpuan kepada kebajikan pesakit, petugas kesihatan serta golongan rentan.

Artikel Berkaitan:

3. Peng Liyuan (China)

Peng Liyuan
Peng Liyuan

Wanita ini mempunyai latar belakang yang cukup terkenal sebelum menjadi Wanita Pertama. Beliau ialah penyanyi soprano terkenal dan pernah membuat persembahan dalam program TV popular negara itu. Liyuan turut menggunakan kedudukannya untuk mengetengahkan isu sosial dan kebudayaan. Beliau juga aktif dalam isu kesihatan dan pendidikan.

4. Olena Zelenska (Ukraine)

Olena Zelenska
Olena Zelenska

Beliau ialah isteri kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy. Sejak perang Ukraine tercetus, beliau semakin dikenali di peringkat antarabangsa melalui pelbagai aktiviti berkaitan kebajikan. Beliau turut menerajui usaha memperbaiki pemakanan di sekolah selain menubuhkan Yayasan Olena Zelenska pada 2022 bagi menyokong projek dalam bidang perubatan, pendidikan dan bantuan kemanusiaan.

5. Permaisuri Rania (Jordan)

Permaisuri Rania
Permaisuri Rania

Ratu kepada pemerintah Jordan, Raja Abdullah II Jordan ini antara yang mempunyai profil antarabangsa tersendiri. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dan pernah bekerja dalam sektor perbankan serta teknologi maklumat sebelum berkahwin. Antara tumpuan utamanya ialah pendidikan, pemerkasaan wanita, perlindungan kanak-kanak dan pembangunan belia. Beliau turut menubuhkan Yayasan Permaisuri Rania bagi Pendidikan dan Pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Amman serta rantau Arab.

6. Emine Erdogan (Turkiye)

Emine Erdogan
Emine Erdogan

Isteri kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ini aktif dalam pelbagai program sosial sebelum dan selepas suaminya memegang jawatan tertinggi negara. Antara inisiatif beliau termasuk pendidikan dan kebajikan kanak-kanak perempuan, bantuan sosial serta kelestarian alam sekitar. Beliau turut menjadi tokoh utama di sebalik kempen 'Sifar Sisa' di Ankara.

7. Permaisuri Camilla (Britain)

Permaisuri Camilia
Permaisuri Camilia

Pasangan kepada Raja Charles III ini merupakan seorang anggota keluarga diraja Britain yang paling dikenali. Beliau aktif dalam pelbagai kerja kebajikan dan mempromosikan budaya membaca khususnya kepada golongan muda serta kebajikan kanak-kanak selain memperjuangkan kesedaran mengenai kesihatan tulang dan isu kesunyian dalam kalangan warga emas.

8. Sheikha Moza Nasser (Qatar)

Sheikha Moza Nasser
Sheikha Moza Nasser

Beliau merupakan isteri kepada bekas pemerintah Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al Thani dan ibu kepada Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani. Mempunyai profil awam yang tersendiri terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan sosial. Beliau merupakan Pengerusi Yayasan Qatar dan mengendalikan Education City serta pelbagai projek penyelidikan, pendidikan dan pembangunan. Beliau pernah memegang peranan sebagai Wakil Khas UNESCO bagi Pendidikan Asas dan Tinggi selama 20 tahun.

9. Akshata Murty (Britain)

Akshata Murty
Akshata Murty

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak ini mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan, fesyen dan pelaburan serta merupakan anak kepada pengasas Infosys, NR Narayana Murthy. Ketika mendiami Downing Street, beliau melancarkan program Lessons at 10 yang membawa pelajar untuk mengikut sesi pembelajaran di kediaman rasmi Perdana Menteri itu. Pada 2025, beliau turut mengasaskan The Richmond Project, sebuah badan amal berkaitan peningkatan kemahiran dan pendidikan numerasi.

10. Michelle Obama (AS)

Michelle Obama
Michelle Obama

Beliau merupakan isteri kepada bekas Presiden ke-44 AS, Barack Obama. Bekas Wanita Pertama ini pernah berkhidmat sebagai peguam dan penulis serta berpengalaman dalam perkhidmatan awam sebelum menghuni Rumah Putih. Sepanjang penggal pentadbiran suaminya, beliau mengetengahkan beberapa inisiatif berkaitan keluarga, pendidikan, kesihatan dan pendidikan remaja perempuan di peringkat antarabangsa.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!