Ahmad Zahid ziarah jenazah Tun Dr Hasmah

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir menziarahi Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali di The Mines Residence, Seri Kembangan pada Isnin.
Kehadiran Ahmad Zahid sekitar jam 2 petang itu bagi menyampaikan penghormatan terakhir serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Hasmah, 100, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi tadi.
Berita pemergian itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah dilaporkan meninggalkan IJN pada jam 10.48 pagi sebelum tiba di The Mines Residence.
Kerajaan turut mengumumkan Allahyarhamah akan diberikan penghormatan pengebumian negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

