KKMM sangkal dua berita palsu

Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM pagi ini.
Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial pagi ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan terdapat aktiviti penjualan membabitkan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

"Sebaliknya DBKL menjelaskan warga asing di kawasan berkenaan hanya menjalankan aktiviti pemunggahan bekalan asas, bukannya menjalankan aktiviti penjualan," kata kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini.

Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan Mydin Sarawak menafikan dakwaan terdapat kakitangannya di Mydin Bandar Baru Samariang Kuching dimasukkan ke pusat kuarantin Institut Aminudin Baki (IAB).

Dalam kenyataan berasingan, KKMM memaklumkan talian hotline kementerian itu beroperasi 24 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh PKP.

Aduan atau pertanyaan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada eaduan@kkmm.gov atau menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-88882010.

Artikel Berkaitan: