X

Kindly register in order to view this article
!

Benarkan aktiviti sukan di zon hijau

Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A

SATU keputusan menang-menang diharapkan daripada perbincangan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai aktiviti sukan yang boleh dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, MKN akan memutuskan sama ada aktiviti sukan boleh diteruskan ataupun tidak, dan pihaknya akan memberikan nasihat mengenai perkara itu.

“Perlu tunggu keputusan MKN. Kita akan bincang isu ini, tetapi ada nasihat atau makluman oleh KKM.

"Kami akan bincang ‘exit strategy’ mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, pada Jumaat lalu.

Berdasarkan kenyataan Dr Noor Hisham, ramai mengharapkan supaya dapat dipertimbangkan kebenaran kepada masyarakat menjalankan aktiviti sukan tertentu di kawasan zon hijau.

Misalnya membenarkan penduduk di kawasan bebas Covid-19 berjoging, senaman ringan dari jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 7 petang dan memastikan penjarakkan sosial dilakukan.

Ataupun apa-apa sukan yang tidak membabitkan perhimpunan beramai-ramai pada suatu masa di tempat yang sama.

Pertimbangan dalam membenarkan aktiviti sukan boleh dikategorikan penting kerana dalam keadaan untuk menghadapi Covid-19, tubuh badan perlu berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.

Semenjak PKP bermula pada 18 Mac lalu, dapat dilihat ramai dalam kalangan masyarakat yang hanya makan-tidur di rumah dan dibimbangi akan mengundang penyakit-penyakit lain pula.

Walaupun ada yang melakukan senaman di dalam rumah, namun ia tidak mencukupi bagi mengimbangi kesihatan badan yang terlalu banyak berehat.

Dalam masa yang sama, setelah diberi kelonggaran untuk bersenam, mereka yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan yang tegas sama seperti pesalah lain yang melanggar PKP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!