Pelepasan 500 anak penyu

CHUKAI - Sebanyak 500 anak penyu agar berusia sehari, masing-masing berukuran kira-kira 2.5 sentimeter, dilepaskan ke laut di Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, Kertih hari ini sebagai usaha pemuliharaan spesies penyu di Terengganu menerusi Program Lestari Alam 2026 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Anak penyu itu berasal dari Pusat Konservasi Penyu Ma' Daerah Kertih dan pelepasan tersebut bertujuan memastikan kelangsungan spesies berkenaan selain meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan pemuliharaan penyu di negeri ini. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
