Bebas pencemaran

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Pemandangan pantai di Pulau Sipadan yang masih belum tercemar ketika dirakam baru-baru ini.

Menurut data terkini Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Sabah pada masa ini mempunyai hutan seluas 4.63 juta hektar, bersamaan dengan 62.53 peratus daripada keseluruhan keluasan daratan Sabah.

Angka ini turut membantu Malaysia mengekalkan kadar litupan hutan dan pokok pada paras 54.4 peratus.

Dalam usaha meningkatkan penyertaannya dalam ekonomi karbon, Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Julai tahun lepas meluluskan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 yang disusuli, antaranya penubuhan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim Sabah (SaCRIC), Pengaktifan Majlis Tindakan Iklim Sabah (SCCAC) dan pewujudan Dana Iklim Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!