Pesawat pejuang ringan FA-50M pertama TUDM dari Korea Selatan

LABUAN - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M pertama yang diperoleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sekali gus menandaan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
Kedua-dua pesawat yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) itu tiba di Pangkalan Udara TUDM Labuan selepas diterbangkan dari Sacheon, Korea Selatan.
Mohamed Khaled berkata, majlis penyerahan rasmi pesawat berkenaan dijadual berlangsung pada pertengahan November ini di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang. - Foto: Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
