Sotong bubu jadi tarikan di Kuala Sala

ALOR SETAR - Peniaga Kalsom Mohd Isa, 48, menunjukkan sotong bubu yang dijual di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala.
Jeti berkenaan kini menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai hasil laut segar pada harga berpatutan, termasuk kupang liar, kerang, kepah, siput belitung dan mentarang.
Pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat, malah turut merangkumi pengunjung dari luar Kedah.
Tinjauan mendapati pengunjung tidak putus-putus datang ke jeti itu, terutama selepas menyaksikan siaran langsung yang dikendalikan peniaga di situ.
Selain siput dan kerang-kerangan, pelbagai hasil laut lain turut dijual antaranya ikan semilang, merah, tenggiri, bawal, nyok-nyok, seludu, terubuk lemak, sotong, ketam dan udang.
Kemudahan yang disediakan LKIM turut membantu melancarkan urusan jual beli serta memberikan keselesaan kepada pengunjung yang mula tiba seawal 8 pagi untuk mendapatkan bekalan makanan laut segar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
