15 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Selatan terbakar

Kira-kira 15 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dilaporkan terbakar dipercayai sejak beberapa hari lalu.
Kira-kira 15 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dilaporkan terbakar dipercayai sejak beberapa hari lalu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kira-kira 15 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, dekat sini dilaporkan terbakar dipercayai berlaku sejak beberapa hari lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, lima pegawai JBPM Selangor bersama tiga anggota Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor dan Jabatan Perhutanan sudah melakukan tinjauan di lokasi sebaik menerima laporan berhubung kebakaran itu semalam.

“Hasil pemantauan mendapati tiada sumber air terbuka, telaga tiub mahupun akses jalan masuk ke lokasi kebakaran.

“Satu pasukan akan digerakkan masuk ke lokasi esok untuk buat tinjauan maklumat dan pemadaman,” katanya.

Mac lalu, kebakaran dilaporkan di hutan sama melibatkan kawasan seluas 35 hektar.

Operasi sebelum ini melibatkan beberapa agensi itu turut menggunakan kaedah pengeboman air bagi mempercepatkan pemadaman kebakaran.

Artikel Berkaitan: