Covid-19: Korea Selatan catat 18 kes, keseluruhan 10,653

Jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan meningkat kepada 18, menjadikan keseluruhan sebanyak 10,653 dengan jumlah kematian seramai 232. - FOTO: AFP
Jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan meningkat kepada 18, menjadikan keseluruhan sebanyak 10,653 dengan jumlah kematian seramai 232. - FOTO: AFP
A
A
A

SEOUL - Jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan meningkat kepada 18, menjadikan keseluruhan sebanyak 10,653 dengan jumlah kematian seramai 232, lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC) Kementerian Kesihatan hari ini.

Empat kes baharu didaftarkan di wilayah Gyeonggi, masing-masing dua di wilayah Gyeongsang Utara dan wilayah Chungcheong Selatan, satu di Seoul dan tiga lagi di bandar Daegu. Sembilan kes baharu adalah kes import.

Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat lagi 108 orang menjadikan keseluruhan seramai 7,937.

Lebih 530,000 saringan Covid-19 telah dibuat setakat ini.

Pada 11 Mac Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.

Sehingga kini di seluruh dunia, lebih 2.2 juta orang dijangkiti dengan jumlah kematian melebihi 153,000. - Bernama

Artikel Berkaitan: