Persiapan Malaysia #QuranHour 2026 menyambut ketibaan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR - Sedang berlangsungnya Malaysia #QuranHour 2026 yang memasuki tahun penganjuran ke-12 bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118, di sini pada Ahad.

Petugas dan sekretariat penganjur melakukan persediaan akhir serta raptai sebelum menyambut Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang dijadual berangkat tiba kira-kira jam 11:45 pagi.

Bertemakan 'Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera' dengan memfokuskan tiga surah iaitu Surah al-Muzzamil, al-Balad dan al-Baqarah, program itu juga diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
