Bagi alasan nak beli rokok!

Beri alasan hendak beli rokok ketika ditahan pihak berkuasa. - Foto 123RF
Beri alasan hendak beli rokok ketika ditahan pihak berkuasa. - Foto 123RF
A
A
A

KLANG - Seramai 264 individu ditahan sehingga semalam ketika sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan polis di sekitar Klang sempena Op Covid-19 berhubung penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan tersebut dibuat kerana mereka didapati ingkar arahan PKP dengan memberikan pelbagai alasan remeh untuk berada di luar rumah antaranya pergi ke kedai untuk membeli rokok.

"Ada di antara mereka memberikan alasan hendak melepak dan merokok bersama rakan.

"Bagi semalam sahaja, rekod tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan adalah seramai 11 orang dan tiga lagi tangkapan telah dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis (IPK) Selangor di sekitar Taman Sentosa serta Kampung Delek," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, individu ditangkap disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurutnya, bagi meneruskan komitmen untuk membendung penularan Covid-19 orang ramai diingatkan supaya mematuhi PKP yang sudah memasuki fasa ketiga itu.

Antara lokasi sekatan jalan raya di sekitar daerah Klang Selatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara lokasi sekatan jalan raya di sekitar daerah Klang Selatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: