Dua laluan ke bandar Bahau ditutup

Peta laluan yang ditutup menghala ke bandar Bahau.
Peta laluan yang ditutup menghala ke bandar Bahau.
A
A
A

JEMPOL - Dua laluan utama masuk ke bandar Bahau akan ditutup sepenuhnya esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga bagi memastikan kepatuhan rakyat terhadap pelaksanaannya berjalan lancar.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, penutupan jalan itu melibatkan Kilometer 0.5 Jalan Bahau - Rompin dan di persimpangan lampu isyarat jalan pintas belakang pasar raya Tesco.

"Penutupan jalan itu dibuat atas nasihat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol berikutan PKP bagi memastikan rantaian jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dapat dihentikan.

"Tindakan ini juga susulan berlakunya kesesakan lalu lintas sejak seminggu lalu apabila ramai yang masuk ke bandar ini sehingga menyebabkan ada pihak beranggapan tiada PKP di Bahau," katanya pada sidang akhbar penutupan jalan di Kilometer 0.5 Jalan Bahau - Juasseh, berhampiran Taman Sornam petang tadi.

Kok Seong (dua dari kanan) ketika meninjau lokasi sekatan jalan raya Taman Sornam - Bahau.
Kok Seong (dua dari kanan) ketika meninjau lokasi sekatan jalan raya Taman Sornam - Bahau.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif; Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin.

Kok Seong berkata, justeru itu pemeriksaan 100 peratus ke atas semua kenderaan akan dilakukan di sekatan jalan raya di Taman Sornam - Bahau bagi mereka yang masuk ke bandar ini.

"Saya berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama sebaiknya, jangan pentingkan diri sendiri selain hargailah usaha petugas barisan hadapan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Khairiel berkata, pihaknya menyediakan laluan alternatif 'fast lane' bagi kenderaan pekerja 'essential service' dan petugas barisan hadapan di laluan sebelah kiri jalan Taman Sornam - Bahau.

"Susulan penutupan jalan di dua lokasi berkenaan, terdapat laluan alternatif untuk ke bandar Bahau iaitu bagi kenderaan dari arah Rompin boleh melalui jalan pintas IOI atau Jalan Dangi (kilang simen).

"Sementara itu, kenderaan dari arah Bandar Seri Jempol menghala ke Bahau boleh melalui Jalan Serting Tengah. Kerjasama semua sangat diharapkan selaras dengan agenda memutuskan rantaian Covid-19 daripada berpanjangan," katanya.

Laluan alternatif untuk kenderaan dipandu pekerja 'essential servic' dan petugas barisan hadapan.
Laluan alternatif untuk kenderaan dipandu pekerja 'essential servic' dan petugas barisan hadapan.