Tiga lelaki didenda RM1,000 langgar PKP di pondok rehat

Ketiga-tiga lelaki ini didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana mengaku berkumpul untuk hisap rokok di atas wakaf di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus ketika tempoh PKP.
Ketiga-tiga lelaki ini didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana mengaku berkumpul untuk hisap rokok di atas wakaf di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus ketika tempoh PKP.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam berhubung pertuduhan ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul untuk menghisap rokok di sebuah pondok rehat, semalam.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara sebulan terhadap Hafiz Khanz Jali, 32, Md Safarudin Md Noor, 33 dan Mohd Hakimi Ngah, 32, sekiranya mereka gagal membayar denda.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhi hukuman tersebut ke atas semua lelaki itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mereka didakwa berhimpun di atas pondok rehat di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Nerus, di dalam mana-mana kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial, pada jam 5.20 petang,15 April lalu.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1), Peraturan sama yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full sementara tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Artikel Berkaitan: