'Macam mana awak tahu ini yang terakhir?' – Anthony Loke

PUTRAJAYA – “Macam mana awak tahu ini yang terakhir?”. Itu respons Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya sama ada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis merupakan yang terakhir disertainya sebagai menteri.
Menurut Anthony, beliau tidak pernah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut merupakan yang terakhir, malah meminta wartawan menunggu sehingga Ahad sebelum perkara itu dibincangkan.
"Saya tak pernah cakap macam itu pun. Lepas hari Ahad baru kita cakaplah,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan MOT di sini pada Khamis.
Beliau turut berseloroh bahawa beliau kelihatan tenang pada pagi ini tersebut.
"Saya tidak tahu kenapa kamu tanya soalan ini," jelasnya.
Anthony kemudian berseloroh bahawa beliau berada dalam keadaan tenang kerana turut meraikan sambutan hari jadi Ketua Setiausaha (KSU) MOT, Datuk Seri M Jana Santhiran.
“Saya sedang meraikan bersama KSU untuk hari jadinya. Selepas ini kita akan meraikan hari jadi KSU,” katanya sebelum mengakhiri sesi berkenaan dengan ucapan terima kasih.
Kongres DAP yang akan berlangsung Ahad ini akan menentukan kedudukan parti itu sama ada akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.
Seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak menghadiri persidangan itu akan membuat keputusan mengenai usul berkenaan menerusi undi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

